Note: Artikel ini menggunakan bahasa Melayu.
Tips Menjadi Bersemangat seperti Burung Pagi – Dalam artikel ini saya ingin mengulas apa yang kita boleh belajar daripada seekor burung pagi dan bagaimana kita mahu memotivasikan diri dengan mengambil pengajaran dari makhluk ciptaan Tuhan ini. Setiap hari organ telinga kita pasti mendengar kicauan burung yang melaksanakan tugasnya kepada dunia sehingga kicauan burung itu seperti tidak pernah melupakan tanggungjawabnya kepada penduduk bumi.
Ketika bangun daripada tidur, ingin bergerak ke kuliah, pergi bekerja, dan waktu hari cuti pun sudah tentu hal yang kita sentiasa terdengar selain bunyi-bunyian kendaraan di atas jalanan adalah kicauan burung yang mengisi awal pagi kita.
Jadi apakah perkaitan burung pagi dengan cara memotivasikan diri? Nah, perkara yang seringkali kita alami di awal pagi adalah merasa letih dan tidak positif sama sekali. Sedangkan jika kita ingin membina rangka kehidupan yang baik haruslah bermula daripada diri kita sendiri.
Berikut lima perkara cara menjadi individu positif dengan mengambil semangat motivasi daripada seekor burung pagi. Yuk, simak di bawah:
1. Merancang Hari
Hidup tanpa perancangan adalah seperti jam tanpa jarum. Mengatur perancangan hidup dapat menjadikan hari yang dilalui berjalan dengan baik. Jika tumpuan seharian hanya bekerja dan belajar di kuliah tanpa memberi ruang kepada diri untuk melakukan aktivitas yang diminati maka terjadilah “burn out” yang meruntuhkan semangat awal pagi. Rancanglah hari sebaiknya untuk memperoleh kehidupan yang kekal produktif.
Baca juga: Pentingnya Kesadaran Ekologis dalam Pembentukan Komunitas di Tengah Masyarakat
2. Belajar Menghargai
Kita selalu lupa dengan satu perkara ini yaitu menghargai diri. Seringkali kita meletakkan ekspektasi yang tinggi tanpa menerima kekurangan yang ada. Mau menjadi terbaik itu tidak salah, namun menyedari limitasi diri akan membuat kita mensyukuri setiap kekurangan. Menyayangi diri sendiri akan mewujudkan perasaan positif kerana ia terlahir daripada sikap yang sentiasa bersyukur.
3. Tidur Awal
Mengamalkan tabiat tidur lewat pada waktu malam dapat memberi kesan kepada mood dan tahap kesehatan seseorang. Mengikut kajian dari University Northwestern, individu yang selalu melakukan rutin tidur lewat cenderung mengambil sebanyak 248 lebih banyak kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi 2 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal pagi. Termasuk fakta menghubungkaitkan seseorang yang gemar tidur lewat mudah mendapat tekanan dan tidak mempunyai daya semangat yang positif.
4. Minum Teh
Kebaikan meminum teh pada waktu pagi sangat membantu meningkatkan energi anggota badan. Menyeduh teh dapat memberi kehangatan yang melegakan. Ia juga mampu menyingkirkan rasa ngantuk yang menganggu. Tambahan pula, ramai di antara kita seringkali meninggalkan sarapan pagi yang mengakibatkan badan merasa kepenatan dan lesu. Maka jika terburu-buru kerana urusan di luar, minumlah secangkir teh dulu ya. Kehangatan seduhan teh bisa mengubah mood dari mendung kepada kembali ceria.
5. Senyum
Senyum adalah satu cara paling mudah dan berkesan. Tidak memerlukan banyak tenaga kecuali kita hanya perlu meregangkan otot pipi dan tersenyum. Ia bisa merembes hormon-hormon bahagia seperti dopamine. Mampu menurunkan tahap tekanan dan meningkatkan rasa kegembiraan. Memulakan hari dengan senyuman mampu menghalang rasa negatif dalam diri. Mengikut kajian yang di buat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California yang mengemukakan bahawa terdapat dua jenis stress yaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Baca juga: Cara Chat Dosen agar Kamu Enggak Dicuekin Terus
Maka jika kita ingin menjadi seperti burung pagi yang sentiasa bersemangat mendendangkan melodi kicauannya setiap hari, kita sebagai manusia haruslah mengurus kehidupan dengan cara yang baik. Merancang kehidupan dengan sistematik begitu berkaitan akan pengurusan emosi.
Dengan mengabaikan semua itu akan mengakibatkan kita mudah mendapat tekanan. Awal pagi adalah penentu hari. Memulakan hari dengan baik membantu diri menangani setiap tekanan.
Belajarlah dari burung pagi walaupun mengulang rutin yang sama namun ia tidak pernah memutuskan hasrat untuk berkicau. Jika kita perlu mengulang rutin yang sama maka perlu ada beberapa perubahan kecil yang bermula dari diri kita. Semangat dan positif selalu, ya.
Editor: Firmansah Surya Khoir
Illustrator: Salman Al Farisi